Tuesday, November 29, 2011

Info SNE :Diet dan Pemakanan Sewaktu Hamil


Assalammualaikum wbt.
sumber: setbersalin.com dan infosihat.gov.my

Sejak di awal kehamilan, sebaiknya bakal ibu menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang diambil. Janin yang sedang membesar mengambil semua zat makanan yang diperlukan daripada ibunya tanpa mengambil kira diet ibu. Maksudnya, jika diet ibu kekurangan zat tertentu seperti kalsium, ia tidak menjadi masalah kepada janin kerana dengan mudah dapat mengambil kalsium daripada simpanan tulang dan gigi ibunya. Justeru, wanita hamil memerlukan diet yang seimbang, lengkap dengan protein, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin tulen dan gula serta lemak yang sedikit. Wanita hamil juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep piramid makanan. Menurut konsep piramid makanan, semakin ke bawah semakin besar keperluan yang anda harus penuhi setiap hari.




Keperluan zat-zat pada setiap peringkat kehamilan adalah berbeza-beza kerana ada zat yang amat diperlukan oleh janin secara optimum pada usia tertentu.

Peringkat ke-1:
Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yangi seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, selain zat besi, hati juga mengandungi vitamin A yang tinggi, ini boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat. Oleh itu, elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini.

Peringkat ke-2:
Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein, kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.

Peringkat 3:
Masa untuk mengoptimunkan pertumbuhan otak janin, perlu bersiap sedia untuk persalinan dan
menyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asam lemak omega-3 (misalnya, dari salmon dan tuna).

Keperluan zat-zat dan mineral bagi wanita hamil adalah seperti berikut:

Kalori (tenaga)
Diperlukan untuk pertumbuhan janin, metabolisme (akibat perubahan dalam tubuh anda), serta cadangan protein. Jadi, kalori biasanya boleh didapati daripada bahan makanan yang mengandung karbohidrat, protein, dan lemak. Tetapi, tenaga yang dihasilkan dari lemak lebih banyak dari karbohidat. Rata-rata lemak menghasilkan tenaga sebesar 9 kcal per gram.

Karbohidrat
Adalah sumber tenaga. Tubuh memang memerlukan “bahan bakar” atau tenaga untuk melakukan aktiviti sehari-harian. Sumber karbohidrat adalah beras yang tidak digiling (dihancurkan), mee, roti, kentang, gula, dan sebagainya.

Protein
Berfungsi untuk memelihara sel, menghasilkan hemoglobin, membentuk kekebalan tubuh, mengoptimalkan perkembangan otak janin, menyiapkan produksi Air Susu Ibu (ASI), dan sebagainya. Protein biasa didapati dari produk haiwan (daging, ikan, telur, susu, keju, dan hasil laut) dan produk tumbuh-tumbuhan (kacangkacangan, biji-bijian, tempe, tahu, oncom, dan lain - lainnya). Jika ingin lengkap, gabungkan saja protein dari haiwan dan tumbuh - tumbuhan.

Lemak
Seringkali menjadi cemuhan, bahkan dimusuhi. Meski pun begitu, anda tetap perlu memperolehinya, sekadar mencukupinya saja. Lemak adalah sumber kalori terbanyak, pelarut vitamin (A, D, E, dan K), pembekal tenaga tambahan, membantu perkembangan sistem saraf janin, dan sebagainya. Di mana ia boleh diperolehi? Mentega, minyak sayur, ikan, susu, keju, daging, telur, kekacang dan lain-lain.

Vitamin
Meski pun diperolehi dalam kuantiti yang kecil, vitamin berperananan penting dalam menjaga kelancaran proses metabolisme tubuh dan fungsi organ tubuh. Apakah jenis-jenis vitamin yang diperlukan?

1. Vitamin A
Diperlukan untuk pertumbuhan sel, mencegah terjadinya penyakit keturunan, pertumbuhan tulang, menjaga fungsi rahim, dan sebagainya. Vitamin A ada pada buah – buahan dan sayuran berwarna hijau atau kuning, mentega, susu, kuning telur, dan lainnya.

2. Vitamin B
Terbahagi kepada beberapa vitamin, seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6 (piridoksin), B12 (kobalamin), dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga, seperti untuk metabolisme karbohidrat, metabolisme protein, menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah, pertumbuhan janin, dan sebagainya. Makanan apa yang kaya vitamin ini? Daging, telur, susu, keju, kacang-kacangan, biji - bijian, padi-padian, bayam, tomatoo, pisang, avokado, beras merah, dan lain - lain lagi.

3. Vitamin C
Diperlukan untuk penyerapan zat besi, memperbaiki jaringan yang rosak, pembentukan tulang,
meningkatkan daya tahan tubuh, sebagai jaringan penghubung antara sel, dan sebagainya. Jadi,
vitamin C selalunya diperoleh dari jeruk, cabai, tomato, nenas, dan sebagainya.

4. Vitamin D
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan fosforus. Dari mana boleh diperolehi? Susu, kuning telur, mentega, ikan, dan banyak lagi.

5. Vitamin E
Banyak juga manfaatnya, iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel, sebagai antioksidan, mencegah terjadinya keguguran, dan lain-lain. Terdapat pada kacang soya, jagung, ikan, telur, dan sebagainya.


6. Vitamin K
Penting untuk mencegah perdarahan setelah bersalin. Anda dapat perolehi dari sayuran hijau,
gandum, buah-buahan, telur, susu, dan lain-lain.


Mineral

1. Fosforus (P)
Untuk pembentukan tulang dan gigi janin, memperbaiki jaringan, meningkatkan metabolisme fosforus anda, dan sebagainya. Banyak didapati pada daging, ikan, telur, susu, keju, polong polongan, dan lainnya.

2. Iodin (I)
Penting untuk metabolisme, kesihatan janin kelak, dan produksi hormon tiroksin (mengatur pertumbuhan). Sumber mineral ini adalah hasil laut, ganggang laut, dan garam beriodin.

3. Kalsium (Ca)
Berperananan dalam pembentukan tulang dan gigi janin, pembekuan darah, meningkatkan metabolisme kalsium, dan sebagainya. Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik), keju, aiskrim, rumput laut, roti, ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin), dan lainnya.

4. Magnesium (Mg)
Diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat, mengaktifkan enzim, fungsi saraf dan otot, dan sebagainya. Ada pada biji-bijian, kekacang dan lain-lain.

5. Zink (Zn)
Untuk mengoptimalkan perkembangan otak, mencegah terjadinya kelainan bawaan, mencegah anemia, mencegah terjadinya keguguran, dan sebagainya. Sumbernya? Hasil laut (terutama ikan yang berlemak tinggi), daging, telur, popcorn, dan sebagainya.

6. Zat besi (Fe)

Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, cadangan zat besi janin, dan sebagainya. Biasa diperoleh dari daging berwarna merah, bayam, kangkung, dan kekacang.

SNE Kapsul mengandungi lebih 200 jenis nutrien lengkap untuk memenuhi keperluan setiap wanita hamil. SNE Kapsul sangat sesuai untuk diambil oleh wanita hamil untuk kesihatan dan kesejahteraan dirinya dan bayi. Apakah yang terkandung di dalam kapsul SNE? Klik sini. Bayi-bayi SNE adalah sangat sihat dan tidak mengalami kuning sedikit pun dan ini sangat mengkagumkan ramai doktor.


Maklumat lanjut
MIZA RAHMAN 0145005852

No comments:

Post a Comment