Tuesday, May 31, 2011

Info SNE : Pembunuh yang Manis

Siapakah beliau? Kenapa dikatakan manis?
Sambil membunuh beliau tersenyum kah? (gila jahat!)
Siapa pembunuh yang manis?

sumber photo:ajuera-story

Pendedahan yang bakal merosotkan industri gula di Chuping. Mampukah?
Pendedahan yang bakal meningkatkan harga air suam di restoran. Mampukah?

Tepuk dada tanya selera
Masyarakat kita ini manis-manis, jadi belaka hendak manis
Cuma senyum jek nak kelat-kelat, pe hal?
Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyum
wah gitew iklannya ye?

okay, 73 cara GULA MEMBINASAKAN KITA
  1. Mampu menyekat sistem imun.
  2. Boleh mengganggu keseimbangan mineral dalam tubuh.
  3. Boleh menyebabkan hiperaktiviti, rasa cemas, kesukaran konsentrasi dan kanak-kanak akan bersifat mudah tersinggung.
  4. Boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mengurangkan keaktifan kanak-kanak.
  5. Boleh menjejaskan pencapaian akademik kanak-kanak di sekolah.
  6. Boleh menyebabkan peningkatan trigliserida.
  7. Menyumbang kepada faktor lemah ketahanan bila melawan infeksi bakteria.
  8. Boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang.
  9. Boleh mengurangkan kolestrol ketumpatan tinggi (HDLs) yang membantu kesihatan.
  10. Boleh menggalakkan kenaikan kolestrol bahaya (LDLs)
  11. Boleh membawa kepada kekurangan kromium (penting dalam metabolisme gula dalam badan)
  12. Boleh menyebabkan kekurangan kuprum
  13. Mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium
  14. Boleh membawa kepada kanser payudara, ovari, prostat dan rektum.
  15. Boleh menyebabkan kanser kolon dan membawa risiko tinggi kepada kaum wanita.
  16. Boleh menjadi faktor risiko kanser pundi hempedu.
  17. Boleh meningkatkan kadar "kelaparan" glukosa darah.
  18. Boleh melemahkan penglihatan.
  19. Meningkatkan kadar serotonin yang boleh menyempitkan salur darah
  20. Boleh menyebabkan hipoglisemia (kondisi gula rendah dalam darah)
  21. Menyebabkan perut berasid
  22. Menaikkan risiko penyakit jantung koronari
  23. Meningkatkan proses penuaan, menyebabkan berlakunya kedutan dan pertumbuhan uban.
  24. Meninggikan risiko penyakit Alzheimer.
  25. Membawa kepada alkoholisme
  26. Meningkatkan kerosakkan gigi.
  27. Menyumbangkan kepada pertambahan berat badan dan obesiti
  28. Boleh menyebabkan radang saluran usus bagi penghidap gastrik dan ulser
  29. Boleh menyebabkan artritis
  30. Boleh menyebabkan asma
  31. Boleh menyebabkan kandidasis (infeksi yis)
  32. Boleh membawa kepada pembentukkan batu hempedu
  33. Boleh membawa kepada pembentukan batu karang
  34. Boleh menyebabkan penyakit jantung iskemia
  35. Boleh menyebabkan apendiks
  36. Boleh memburukkan simptom sklerosis berbilang
  37. Boleh menyebabkan buasir secara tidaka langsung
  38. Boleh menyebabkan vericose vein (urat timbul)
  39. Boleh menyumbangkan kepada osteoporosis
  40. Menyumbang kepada keasidan air liur
  41. Boleh menyebabkan penurunan sensitiviti insulin
  42. Membawa kepada penurunan toleransi terhadap glukosa
  43. Boleh mengurangkan pertumbuhan hormon
  44. Boleh meningkatkan keseluruhan kolestrol
  45. Boleh meningkatkan tekanan darah sistolik
  46. Boleh mengubah struktur protein dan menganggu penyerapan protein
  47. Menyebabkan alergi makanan
  48. Boleh menyumbangkan kepada diabetes
  49. Boleh menyebabkan toksemia (keracunan gula) semasa hamil
  50. Boleh menyumbang kepada ekzema bagi kanak-kanak
  51. Boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular
  52. Boleh menjejaskan struktur DNA
  53. Boleh menyebabkan katarak
  54. Boleh menyebabkan jangkitan
  55. Boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon
  56. Boleh menyebabkan pembentukkan radikal bebas di dalam aliran darah
  57. Menurunkan keupayaan fungsi enzim
  58. Boleh menyebabkan sel hati terbahagi, meningkatkan saiz hati
  59. Meningkatkan kandungan lemak di dalam hati
  60. Boleh meningkatkan saiz buah pinggang dan menyebabkan perubahan patologi buah pinggang
  61. Boleh memberi tekanan kepada pankreas, menyebabkan kerosakan
  62. Menyebabkan kehilangan keanjalan dan fungsi tisu
  63. Meningkatkan retensi cecair dalam tubuh
  64. Boleh menyebabkan sembelit
  65. Menyebabkan myopia (rabun dekat)
  66. Memberi kesan kepada lapisan kapilari
  67. Menyebabkan hipertensi
  68. Menyebabkan sakit kepala, termasuk migrain
  69. Meningkatkan gelombang otak yang boleh mengubah keupayaan minda untuk berfikir dengan jelas
  70. Menyebabkan kemurungan
  71. Meningkatkan respon insulin kepada mereka yang mengambil makanan yang terlalu manis
  72. Meningkatkan penapaian bakteria di dalam kolon
  73. Meningkatkan platelet darah pekat yang meninggikan risiko pembekuan darah.
sumber: Buku Toksin Masuk, Toksin Keluar ( Dr Yasmeen Farouk Mohamed, PhD Sains Biologi New Zealand)

1 comment: