Tuesday, May 17, 2011

Tips SNE : Jus Tomato Susu


Saya suka makan tomato segar, anda? Pernah suatu ketika semasa hendak ke kuliah saya memakan tomato seperti memakan epal! Rakan-rakan sangat hairan dan terkejut dengan telatah saya itu. Tapi itulah yang saya amalkan, tomato sangat sedap dimakan begitu sahaja (saya tak suka yang lecur akibat dimasak) dan sangat berkhasiat. Menurut kajian perubatan "lycopene" dalam tomato sebagai anti-oksidan dan mencegah daripada penyakit kanser. Bagaimana jus tomato? Saya selalu order jus tomato di restoran namun bukan semua restoran menyediakannya. Sekali lagi pelayan akan pandang saya dengan pelik :(

ok, dari myresepi.com saya hendak berkongsi resepi Jus Tomato Susu yang pastinya lazat dan mampu ubah persepsi kamu terhadap tomato! Kita sama-sama cuba okay?!



Bahan-bahan ( 1 gelas )

  • 2 biji tomato ranum – di belah empat
  • Sejengkal celery - di hiris nipis
  • 2sb susu pekat manis
  • 1sb susu sejat (evaporated milk)
  • Air secukupnya
  • Sehiris lemon – untuk hiasan

Cara-cara

  1. Tomato dibersihkan dan dibelah empat.
  2. Bersihkan celery dan kemudian hiris nipis.
  3. Masukkan tomato , celery & air ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Tapis jus.
  4. Masukkan susu pekat manis & susu sejat ke dalam jus. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang ke dalam gelas dan hias dengan sehiris lemon.
  6. Boleh juga diperah sedikit jus lemon jika suka.

No comments:

Post a Comment