Tuesday, March 4, 2014

Saya nak bisnes tapi..............

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Assalammualaikum wbt.
Update lagi sementara rajin, heeee. Dan yang penting selagi belum bersalin. 36w dah ni, bila-bila masa boleh terberanak kan? ohya sepanjang mengandung saya mengamalkan Double Stemcell sebagai supplement sebab senang nak ambil buat si pelupa macam saya ni nak makan vitamin hospital yang berderet-deret :)

ok, apa cita-cita saya? 
Saya masih dengan cita-cita menjadi surirumah yang menjaga rumah dan tangga. Tapi bukan calang-calang surirumah taw, tapi surirumah yang serba boleh! Saya nak jana income sendiri dengan bisnes online sebagaimana yang telah saya usahakan semasa bujang. Surirumah yang mampu bayar hutang kereta, hutang belajar dan segala hutang yang tak berpekdah tanpa kusutkan kepala suami saya. Surirumah yang mampu bantu suami mengukuhkan ekonomi keluarga. Surirumah yang jaga sendiri anak, jaga makan pakai suami namun mampu shopping apa yang mahu macam isteri berkerjaya pakai baju lil lap lip lap dan tumit tinggi. wahhh!!!!  Dan juga menjadi cita-cita saya mencari rakan baru yang bercita-cita seperti saya yang mahu berbisnes tapi takut-takut, ragu-ragu, malu-malu. Ye, saya mencari anda wahai ibu yang seriau nak beri orang lain jaga anak, yang takut nak hire bibik takut dia mengorat suami anda, yang teringin nak duduk rumah tapi nak pegang duit sendiri. Jom jom kita buat sama-sama dan saya bantu anda!



ok, bagaimana saya hendak bermula? 
Sekarang saya nak ajak anda join bisnes Double Stemcell. Modal serendah RM275 (* RM5 untuk postage fee) sahaja dan anda mampu menjana pendapatan harian RM500. Tak banyak ke? Ke nak banyak lagi? Pon boleh, pilih sahaja modal lain yang anda mampu. Yang itu kita cerita lain kali la ye? Saya cerita yang modal rendah je dulu sebab bagi saya ianya mampu dan berisiko rendah bagi anda hendak mencuba-cuba. Dengan modal RM275 ini ada automatik menjadi agen Phytoscience Double Stemcell dan rasminya menjadi bisnes partner saya. Anda boleh mula promote, berkongsi dan menjual Double Stemcell ini kepada sesiapa sahaja. Yang penting rajin, konsisten dan tidak mudah putus asa.



ok, saya nak join. Tapi saya betul-betul tak taw nak bermula, tak reti la nak buat ayat-ayat mengorat pelanggan ni?
Syaratnya RAJIN. Rajin bertanya, semangat tambah ilmu samaada yang disuap mahupon yang cari sendiri google je! Dan sebaik sahaja anda sah join, kami akan invite anda ke FB secret group yang mana dikelolakan oleh leader yang berjaya menjaga 6 angka, 5 angka income sebulan. Semua tips, ayat-ayat jualan dan promosi hanya perlu di copy paste di FB atau blog masing-masing. Ya semudah copy & paste. Membina mengambil masa, tapi percayalah dengan segala tips yang membantu..you will never walk alone. Ewahhh :)

jom la, apa anda tunggu lagi? Orang dah buat duit bertingkek-tingkek, takkan kita nak nyanyi KALAU AKU KAYA je setiap pagi. Nak menyanyi boleh pastikan anda bermula. 




Call, whatsapp atau mesej saya ye 016 442 3852. Jangan mesej kalau awal-awal lagi dah plan nak join RM275/RM1625/RM5405 untuk duduk diam. Bisnes ini anda buat, anda dapat! Lekaih, buat keputusan sekarang. FASTER SPEED, FASTER RESULT.




KONTROVERSI DOUBLE STEMCELL

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Assalammualaikum wbt. Lama sungguh tak update blog ini kan? Ramai wsap text tanya samaada saya masih agen SNE dan Double Stemcell atau . Ya saya masih di industri ini, cuma saya jarang jarang kadang-kadang update blog sejak mengandung ini. Entah bawaan apakah, saya jadi sedikit tak rajin. hihi. Sekarang ini dah 36w, jari tangan dah kebas-kebas tapi datang semangat nak menaip walaupon rasa terseksa nak siapkan entry ini. 

Saya selalu terupdate dengan isu-isu panas, lebih-lebih lagi apabila kawan-kawan sungguh prihatin dengan rajinnya mengeSHARE maklumat-maklumat yang belum tentu sahih ke wall FB saya atau ke wall FB masing-masing tanpa mengambil kira sensitiviti saya yang menjalankan bisnes Double Stemcell ini sebagai punca rezeki. Saya dah la tengah mengandung, hormon cepat benor terasa memang menyentuh sanubari. Jujurnya saya rasa down, hilang semangat, melayang-layang keyakinan dan menjejaskan kesungguhan saya ketika itu. Apa saya boleh buat ketika kontroversi bertalu-talu dan viral ini sehingga saya kehilangan bisnes partner yang mula mempersoal dan meragui dan mempercayai kontroversi dan gosip liar ini? Tarik nafas dalam-dalam, saya cuma insan biasa yang mahu mencari rezeki halal dan menambah baik kehidupan saya. Jadi apabila ada peluang bagus, hebat dan lumayan tersedia depan mata tidak kah rugi melepaskan ruang dan peluang tersebut? Apabila si polan lincah mengupdate blognya menyebar sesuatu yang belum tentu benar, malah mempertikai macam-macam dari isu halal, KKM, dan sebagainya saya cuma boleh menadah tangan berdoa meminta supaya ALLAH tunjukkan kebenaran, berikan saya keyakinan untuk meneruskan perjuangan sekerat jalan saya di dalam bisnes Double Stemcell ini. Saya hendak bantu lebih ramai orang yang sakit, sakit badan mahupon sakit poketnya. Saya juga hendak berjaya dan kaya dengan bisnes ini sebagaimana orang lain yang berjiwa kental. Saya hendak bebas kewangan dan saya hendak bebas hutang.

ALLAH seakan menjawab doa dan permintaan saya, disaat kontroversi melanda ini saya masih mendapat pelanggan. Rezeki saya masih disalurkan melalui bisnes DOUBLE STEMCELL ini. Lalu saya rasa perlu bangkit semula, saya buat keputusan berjumpa dengan seorang leader berjaya. Pertemuan 4 mata ini meningkatkan kembali semangat waja saya untuk memburu lebih kejayaan. Kontroversi yang berlaku hanyalah ujian dan dugaan yang menjadikan kita lebih kuat dan layak untuk berbisnes. Lalu saya maklumkan kepada hati kecil saya, selagi DOUBLE STEMCELL belum difatwakan HARAM sebagaimana rokok saya amat tinggi keyakinan bahawa apa yang saya makan, apa yang saya beri makan kepada ibu saya dan apa yang saya kongsikan khasiat dan kebaikan DOUBLE STEMCELL ini adalah HALAL. Tanpa was-was. Tiada cop halal JAKIM bukan bermakna DOUBLE STEMCELL ini HARAM. Kronologi kisah sebenar tentang isu ini, saya tak kuat untuk bercerita lebih. Jari jemari saya kebas. hihi. Anda boleh google kerana banyak agen-agen sudah berbuih mulut menerangkan hal sebenar. Jika anda was-was, jangan makan. Itu sahaja, kerana keraguan anda sendiri telah mengharamkannya. Mudah kan?

Produk penipu! ouch, sekali lagi tersentap saya dibuatnya apabila seorang saintis menyampaikan hujah mempertikai kelebihan dan kemujaraban stemcell tumbuhan dalam proses penyembuhan dan penambahbaikan kesihatan. Tarik nafas dalam-dalam. Bukti gambar testimoni agaknya rekaan dan edit semata-mata ke? Berapa ribu orang telah mencuba Double Stemcell ini dan alhamdulillah dengan izin ALLAH Double Stemcell telah menjadi asbab kepada meningkatnya tahap kesihatan mereka. Tak kisah la anda hendak pertikaikan kemujaraban Double Stemcell ini, yang penting ianya telah menjadi asbab kepada kesihatan ibu saya. Dia mengomel tapak kakinya mencucuk-cucuk sakit apabila berjalan dan saya berikan Double Stemcell, dengan izin ALLAH alhamdulillah masalah ibu saya selesai. Satu produk boleh selesaikan semua masalah kesihatan? Kenapa tidak jika Double Stemcell menyelesaikan masalah daripada puncanya itu SEL. Tubuh kita yang pejal ini bermula daripada SEL. Pertambahan usia menyebabkan sel badan kita merosot pembahagian dan keaktifannya tambah pulak dengan unsur luaran seperti pemakanan, pencemaran dan sebagainya menyebabkan sel badan kita SAKIT. Seterusnya menjejaskan organ, sistem badan dan keseluruhan badan. Double Stemcell tak salah dikatakan Total Solution All in One Supplement! Namun, Double Stemcell hanyalah asbab, penyembuhannya kembali kepada keizinan dan keredhaan ALLAH SWT. Kita hanya mampu berikhtiar. InsyaALLAH.

oklah, saya malas hendak melayan kontroversi. Lebih baik saya meningkatkan prestasi. Ye kan? Anda yang yakin dengan Double Stemcell dan hendak mencuba boleh whatsapp, call atau mesej saya 016 442 3852. 

Promosi bulan ini, keahlian percuma dengan setiap pakej.

2 kotak RM 275
4 kotak RM 335






Tuesday, January 7, 2014

Bonus Harian Bertingkek-tingkek dengan Double Stemcell!

Assalammualaikum wbt.

Dasyat! Phytoscience Double Stemcell dah jadi GELOMBANG di semua sosial media. Bukak Facebook, iklan Double Stemcell bersepah-sepah. Bila Miza scroll FB, membuntang mata aih tengok bonus kaching, bonus masyukkk, bonus derastikkk, bonus celik-celik mata geng-geng Double Stemcell. Belum masuk group whatsapp share income masing-masing. Terbaru leader kesayangan share pepagi hari income 2 hari dia RM4798.00! 2 hari ye, RM4798.00! ~ Pengsan! 

Tak percaya lagi ke? Tolonglah percaya, sebab memang dah terbukti. Master leader RICH88, Shielawatie pernah share income mingguan dia RM 39, 437.68. Seminggu RM 39, 437.68! ~ pengsan lagi sekali :)



ok-ok, cukup-cukup sudah pengsan bagai. Wake up! Mas untuk pergunakan peluang dan bertindak! Meh nak cerita pasal peluang iaitu PELUANG KEEMASAN dan PELUANG KECEMASAN.

Miza godek-godek email lama, TERjumpa tawaran menjadi rakan niaga Double Stemcell dan buat duit bertingkek-tingkek dari seorang unknown pada bulan May 2013. Si agen siap kata income miza masa tu kecik sangat! erk, masa tu 5 figure dengan SNE. Buat sales puluh ribu tapi income sejemput! Agen tu cakap macam tu, siap attach income dia dari 1/4 hingga 27/4 dapat 3515.42. Bila didarab dengan 3.4usd menjadi RM11,952.43. WOW . Tapi masa tu TERlalu sibuk dengan SNE konon tak menang tangan uruskan order dan stokist-stokist, sampai tak tergerak hati langsung nak menggali maklumat lebih lanjut tentang Double Stemcell. Dan ketika itu, Double Stemcell masih terlalu baru. Memang tak pernah dengar, tak pernah terjumpa dekat FB maklumlah ketika itu demam BEUTSKIN SNE kan? hihihi. Makanya TERlepas lah PELUANG KEEMASAN yang masih belum bersinar ketika itu. ~ padan muka! hahaha

Dan sudah ditakdirkan sememangnya rezeki Miza, Miza TERbaca update page leader Double Stemcell miza sekarang ini tentang perkongsian dia tentang Double Stemcell. Dulu like page dia pon sebab nak beli anak tudung..hihi..tup-tup rancak benor dia update pasal Double Stemcell, pasal testimoni, pasal bonus gemuk gedempol dia..oh, siapa yang tak tercuit nak taw lebih. Terus lah lekas-lekas whatsapp, nak taw details, teruja nak taw jugak. (masa ini tak ingat langsung pasal email lama tu). Pom pang pom pang selama berhari-hari maka decide lah nak cuba produk dulu, amek pakej silver. Sambil-sambil tu dah mula sharing dengan seorang dalam whatsapp. Dia bertanya pasal SNE, ntah gatal mulut macam mana tersebut pasal Double Stemcell dan dia buat keputusan nak mencuba. oh, terkedu. Ya, semudah itu :))





Dan paling menambah keyakinan terhadap Double Stemcell ini ialah manfaat yang diperoleh oleh customer pertama Miza tu. Sebab dia dah cuba macam-macam untuk penyakitnya. Syukur tak sampai sebulan, dia sangat-sangat merasai kesan dan manfaat kesihatan yang lebih baik! Jadi memang yakin sangat-sangat dah dengan produk tanpa prejudis dan ragu-ragu lagi. Miza pon masa tu pregnant 3 bulan, mula consume Double Stemcell sebagai supplement tambahan untuk kesihatan dan kecergasan Miza sepanjang mengandung ini.

Sekarang Miza lihat peluang kedua dalam Double Stemcell ini sebagai PELUANG KECEMASAN. Sebab sekarang ini dah ramai orang enjoy dengan bonus bertingkek-tingkek Double Stemcell. Takkan nak tunggu lagi, ye kan? Kang tergolek-golek peluang kedua ni pulak, berputih mata la Miza nanti. Jadi kena lah work hard, work smart bangunkan bisnes Double Stemcell ini. Ohya, SNE bagaimana? Masih diteruskan seperti dulu. Tiada apa yang berubah, Miza masih terima order, memberi khidmat nasihat semampu mungkin untuk sesiapa yang bertanya tentang SNE. SNE bonusnya bulanan, Double Stemcell bonus harian. lain sangat. Lepaslah untuk beli sawi, ayam, ikan..ye kan? Sebagaimana orang yang makan gaji, terlibat dalam bisnes atau kerja part time begitu jugalah Miza fikir. Perlunya Miza ada MULTIPLE STREAM of INCOME. Lebih-lebih lagi dah nak ada anak ni kan? Jujurnya Miza memang takmo makan gaji. Miza nak jaga anak sendiri, takut dengar kes-kes kematian anak di pusat asuhan. Tak sanggup! Biarlah anak membesar depan mata dan dalam masa yang sama Miza ada duit sendiri untuk bayar segala hutang piutang dan hidup ke arah KEBEBASAN. oyeh!



Tak mau ke income macam ni? oh, tak taw la kalau anda sememangnya tak terkesan dengan segala kenaikan harga barang. Untuk golongan marhaen macam Miza memang terasa sakit. Teringat kata en suami, isi minyak RM50 macam air kencing je sekarang ni. Realiti kehidupan sekarang kan? Jadi perlunya buat sesuatu, hendak berungut bagai pon takde ke mana. Kena tambah usaha dan usaha la. Peluang KECEMASAN patut diambil. InshaALLAH segalanya balik kepada Yang Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki. Tugas kita, usaha doa tawakal.

Call/mesej/Whatsapp/wechat: 016 442 3852.

Saturday, November 16, 2013

Penyakit / Kegagalan Buah Pinggang: Info & Ikhtiar

Assalammualaikum wbt. Salam sejahtera semua.

Saya banyak sungguh menerima mesej, whatsapp dari orang yang bertanyakan berkenaan penyakit buah pinggang dan sedang bertungkus lumus mencari penawar. Majoriti prospek dan customer saya mempunyai masalah buah pinggang. Saya rasa marah! Bukan marah kepada mereka, marah kepada diri sendiri. Entah apa yang saya sibukkan sangat, saya tak dan-dan berkongsi ilmu tentang penyakit buah pinggang ini. Saya bukanlah pakar, cuma ada secebis ilmu umum hasil pembacaan dan pergaulan dengan ramai orang. Saya wajar berkongsi ilmu. Saya tahu, yang datang mesej saya semuanya sedang dirundung kerisauan - buah pinggang mereka dah rosak! Allah. 



Ramai orang menyangka fungsi buah pinggang setakat penapis yang menapis dan menyingkirkan kotoran. Fungsi buah pinggang adalah lebih daripada itu (sumber : Blog.KesihatanOnline.com) ;

  1. Menyingkirkan kompaun nitrogen dari badan dalam bentuk urea dan ammonium.
  2. Mengawal paras pH dalam darah. 
  3. Menyingkirkan air berlebihan
  4. Mengawal atur paras mineral dalam badan (Natrium, Kalsium, Phosphate, Bicarbonate)
  5. Menghasilkan vitamin D yang aktif (dihydroxycholecalciferol) untuk penyerapan kalsium
  6. Menghasilkan hormon erythopoietin untuk mengawal atur kuantiti sel darah merah dalam badan
  7. Mengawal tekanan darah
  8. Mengawal osmolarity (kepekatan darah)
Masalah kerosakan buah pinggang bukan berlaku sekelip mata, ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukan kesan kepada kesihatan. Namun, kita seharusnya peka kepada simptom-simptom penyakit buah pinggang yang ditunjukkan oleh badan kita seterusnya mengambil langkah mencegah dan merawat sebelum penyakit menjadi semakin kronik. Segera dapatkan pemeriksaan lanjut sekiranya anda mengalami simptom berikut (sumber: rosacalla.blogspot.com);

  1. Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil
  2. Darah keluar bersama-sama air kencing
  3. Perubahan pada kekerapan membuang air kecil
  4. Sakit belakang
  5. Kerap buang air kecil terutamanya tengah malam
  6. Bengkak pada pergelangan kaki
  7. Sembap pada keliling mata yang berlarutan terutamanya pada sebelah pagi
Tambahan: 10 tanda kegagalan buah pinggang (sumber: snekapsulajaib.com/blog)

  • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.


Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur. Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus. ok, pengalaman miza sendiri prospek miza kebanyakannya masih muda sekitar 30 ke atas dan jangan terkejut, ada juga yang masih kanak-kanak dan remaja telah dihambat gejala penyakit buah pinggang. huhu, sedih :(

Kenapa ya makin ramai yang menderita sebab buah pinggang yang gagal? Kebanyakan pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi atau yang individu yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga yang menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi berisiko tinggi mendapat masalah buah pinggang. Jika kegagalan buah pinggang berlaku, pesakit akan bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat mereka. Namun, ada juga kes yang merujuk kepada miza bahawa mereka tidak mengalami sebarang penyakit namun telah disahkan mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. 

Gaya hidup, pemakanan menjadi faktor penyumbang kepada masalah ini. Dan paling kita tidak tahu atau ambil mudah ialah pengambilan air minuman kita seharian. ya AIR! Bagi miza ini ialah penyumbang utama kerana kita memerlukan air setiap hari, 70% badan kita terdiri daripada air. Justeru peri pentingnya air BERSIH dan BERTAPIS untuk sebagai salah satu ikhtiar bagi mencegah penyakit ini. Ok, miza bercakap kapasiti miza sebagai bekas NEO-PRO Health Planner bagi syarikat penapis air terkemuka COWAY. Kiranya, dulu miza fulltime penasihat kesihatan dan produk bagi COWAY. iloveCoway! hehehe. Jadinya, sedikit sebanyak boleh relate kenapa dan bagaimana orang muda belia sekarang ini makin susut fungsi buah pinggang sihat. 

Nak jugak menyelit tu,hihi.

Suatu masa dahulu, semangat nak tukarkan penapis air biasa kepada penapis air Coway.
 Ni dekat office Les Copaque- Upin Ipin


ok, sekarang kita sama-sama hubungkaitkan air dan buah pinggang. 








Mesti ada pelik kan? kenapa pulak penapis air Coway? Sebabnya penapis air Coway menghasilkan air osmosis sonsang, air yang bersih untuk buah pinggang anda! Ya, itu point utamanya. Paling penting, AIR BERSIH! * miza tak tahu pasal penapis air syarikat lain* Sistem penapis air Coway mengandungi penapis yang berupaya menapis logam-logam berat dan berbahaya sehingga 0.0001 seterusnya menghasilkan air bersih untuk meringankan beban bekerja buah pinggang anda. Dapat kaitannya? Inilah salah satu kaedah pencegahan kepada kegagalan buah pinggang yang miza kira TERMURAH dan TERPENTING. 




Sila dapatkan satu penapis air di rumah anda. Tolonglah, jangan ambil mudah kerana kos rawatan untuk kegagalan buah pinggang sangat mahal :(

ps: boleh hubungi miza juga untuk konsultasi produk coway. Miza masih lagi ahli keluarga Coway sebagai part-timer. 


Panjangkan miza membebel hari ini? haruslah kan? hihi. Seterusnya apa lagi yang boleh diikhtiarkan? Pengambilan supplement, ya makanan tambahan untuk mencegah dan insyaALLAH bagi yang telah diuji sakit boleh mencuba kapsul ajaib = SNE KAPSUL ataupon serbuk ajaib = DOUBLE STEMCELL. Bagi miza keduanya adalah sangat baik untuk menambah baik dan membaiki tahap kesihatan anda seisi keluarga. Lihat sahaja testimoni bukan nak gebang lebih kat post sebelum ini. Cuba dulu baru tahu. Anda keliru nak pilih yang mana satu? Stay tuned untuk next post, miza tolong anda menimbang tara sebelum buat pilihan. InsyaALLAH secepat mungkin. 

malas tunggu? sms/ whatsapp miza lekaih 016 442 3852. Till then, wassalam :)


Sunday, November 3, 2013

# Testimoni Double Stemcell

Assalammualaikum wbt

Sebenarnya Miza excited nak share tentang bagusnya Double Stemcell sebagai supplement dan juga sebagai ikhtiar kepada anda yang sedang menderita penyakit. Kalau tak sungguh Miza tak kata, dan Miza takkan berani berkongsi manfaat dan menjual produk ini. Miza bukan jual sebarangan produk ye. Sangat memilih setelah Miza cuba dan buat kajian intensif. Dan sesungguhnya Double Stemcell memang terbukti hebat, selamat, berkesan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat, sesuai untuk semua jenis penyakit.

1) Testimoni Double Stemcell : Penyakit Kencing Manis





2) Testimoni Double Stemcell : Berjaya mengandung




3) Testimoni Double Stemcell : Penyakit kulit Eczema





4) Testimoni Double Stemcell : Paru-paru berkuman



5) Testimoni Double Stemcell : Ibu menyusu



6) Testimoni Double Stemcell : Ibu mengandung



7) Testimoni Double Stemcell : Menurunkan berat badan



8) Testimoni Double Stemcell : Resdung



9) Testimoni Double Stemcell : Ibu berpantang



10) Testimoni Double Stemcell : Jeragat kronik



11) Testimoni Double Stemcell : Tulang patah



12) Testimoni Double Stemcell : Jerawat / Parut





13) Testimoni Double Stemcell : Haid tak teratur / Keguguran



14) Testimoni Double Stemcell : Kecergasan badan



15) Testimoni Double Stemcell : Kanser Rahim



16) Testimoni Double Stemcell : Strok



17) Testimoni Double Stemcell : Ketumbuhan Fibroid



18) Testimoni Double Stemcell : Keguguran rambut



19) Testimoni Double Stemcell : Kemalangan



20) Testimoni Double Stemcell : Kecantikan kulit




Anda ragu lagi? Double Stemcell memang telah terbukti berjaya merawat yang sakit, mencegah penyakit yang sihat. Testimoni di atas bukan ciptaan, semua adalah bukti sahih. Apa Double Stemcell boleh bantu anda?



Ragu lagi? Jangan was-was, produk Double Stemcell telah diinsurankan sebanyak RM 3 juta. Anda cubalah, jadilah orang yang bertuah kerana memilih Double Stemcell untuk kesihatan anda. Double Stemcell adalah selamat, halal dan diyakini.




Ok, sekarang anda nak cuba? Sebelum penyakit anda makin mudarat, makin memakan kos rawatan yang tinggi cepat CALL/SMS/WHATSAPP MIZA 016 442 3852. Promosi harga jimat lagi berbaloi masih berlansung sehingga hujung bulan ini. Jadi jangan melepaskan peluang dan rezeki kesihatan anda.




oh, Miza hendak tolong anda. Mahu cuba SEKOTAK PERCUMA? ya, PERCUMA. Caranya mudah, LIKE FB Miracle of Stemcell atau KLIK link ini https://www.facebook.com/miracleofstemcell. Post kat wall, SAYA NAK CUBA DOUBLE STEMCELL kerana...... (tulislah WHY anda, InshaALLAH WHY yang paling menyentuh kalbu, Miza akan hadiahkan SEKOTAK DOUBLE STEMCELL PERCUMA untuk anda cuba. Jadi, cepat bertindak ya :)

Sunday, October 6, 2013

Double Stemcell

Assalammualaikum wbt.

Salam ceria di pagi Ahad yang sejuk-sejuk mendung ini. Apa khabar semua? Semoga anda semua sihat walafiat, cantik jelita, kacak bergaya dan kaya berjaya. Ameennnn.

Maaf sebab ambil masa yang lama untuk memperkenalkan produk baru yang miza gebangkan di post bulan lepas. Miza ambil masa untuk cuba dan kaji betul-betul produk ini. Tak boleh hentam keromo je, tak boleh. Hanya produk yang berkualiti tinggi sahaja miza akan kongsikan sebab miza pon makan jugak. Kalau ambil yang tak berapa menyakinkan tak ke seram? Sekarang bila dah cuba try test, rasa hebat tambah pulak dah ada customer miza yang in love dengan produk ini barulah hati ni tergedik-gedik tak sabar nak kongsikan dengan anda semua!

Miza malas hendak cakap lebih-lebih pasal produk ini, kot-kot anda kata "ayat penjual", jadi miza tempekan testimoni customer miza dan pengguna-pengguna lain yang dah dapat manfaat KESIHATAN dan KECANTIKAN dengan produk ini. Lepas anda pon dah teruja tengok testimoni ini baru miza story telling story mory pasal produk debomb sekarang ini ye?  










Haa..hebat ke hebat? Teruja tak tengok testimoni? Okeh, jom kenali DOUBLE STEMCELL ini, kata orang tak kenal tak cinta ye dak? Dah kenal nanti mesti cinta ketat-ketat! Apa dia DOUBLE STEMCELL ni?



Double Stemcell merupakan kombinasi sel-sel tumbuhan daripada teknologi Swiss-PhytoCellTec MalusDomestica ( Sel Stem Epal ) dan PhytoCellTec Solar Vitis ( Sel Stem Anggur ) yang diperkaya dengan Acai Berry dan Blueberry untuk memelihara kesihatan dan kecantikan anda. Hasilnya yang signifikan dengan mengaktifkan semula sel-sel pada seluruh tubuh agar sentiasa cergas dan bertenaga. 



PhytoCellTec MalusDomestica ( Sel Stem Epal )

Uttwiller Spatlauber adalah nama sejenis epal dari Switzerland yang ditanam sejak kurun 18, ia spesis yang berkeupayaan untuk menyembuhkan diri sendiri dan bertahan lebih lama jika dibandingkan dengan jenis yang lain. Pokok epal ini hampir pupus kerana buahnya yang masam dan kurang diminati. Walaubagaimanapon buah epal ini mula mendapat perhatian ramai dari dunia kecantikan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi yang mampu melambatkan proses penuaan dan ternyata berupaya menghilangkan kedutan dan menjadi kulit lebih muda dan anjal. Buah epal ini adalah sangat berbeza dengan buah epal di pasaran, kandungan antioksidan yang tinggi mampu mengelakkan buah epal ini daripada busuk dan kecut sehingga 4 hingga 6 bulan apabila gugur. Tidak hairanlah buah epal ini telah menjadi pilihan selebriti popular antarabangsa seperti Michelle Obama, Jennifer Lopez dan Helen Mirren. 

Pada tahun 2008, satu pasukan saintis dari Mibelle Biochemistry yang diketuai oleh Dr Fred Zulli telah membuktikan bahawa tahap kepekatan 0.1% daripada PhytoCellTec dapat memberi inspirasi kepada sel stem manusia. Pasukan ini telah mengekstrak sel stem Uttwiler Spatlauber Apple dan telah mencampurkan hasil sel stem ke dalam produk kosmetik untuk memastikan jangka hayat sel-sel kulit.

PhytoCellTec Solar Vitis ( Sel Stem Anggur )

Sel stem ini hasil daripada ANggur Gamay Teinturier Freaux, sejenis anggur dari buah Daerah Burgundy, Perancis. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang sangat berkesan dan merupakan penyingkir radikal bebas untuk pelindungan UV. Sel stem ini meransang pembaharuan yang berterusan dan memperbaiki kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit menjadikannya lembut dan tegang. Aktiviti sel stem kulit adalah faktor utama dalam memastikan tenaga dan kapasiti penjanaan semula kulit. Solar Vitis melindungi dan mengekalkan aktiviti sel stem epidermis, walaupon dalam keadaan tertekan yang disebabkan oleh UV.

Acai Berry

Dianggap sebagai “beri kecantikan”dari Amazon. Acai ini padat dengan sebatian yang dapat membuat badan berasa dan kelihatan menakjubkan dari luar dan dalam badan. Ia padat dengan antosianin dan flavonoid yang membekalkan lebih banyak antioksidan berbanding dengan buah beri. Ia mempunyai 5 kali ganda tinggi antioksidan dibandingkan dengan gingko dan 33 kali dari wain merah. Bahkan bukan sekadar antioksidannya tetapi beri ini juga kaya dengan lemak omega,asid amino,mineral semulajadi serta vitamin A,B1 dan E.

Buah Berri Biru 

Merupakan penjana antioksidan yang berkesan. Perubatan tradisional memberitahu kita bahawa Berri Biru mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan dalam anti penuaan, kencing manis, keletihan mata, menentang kanser serviks/payudara, perlindungan sistem jantung ,peningkatan selera makan, peningkatan daya ingatan, menambah kesihatan saluran darah, mengelakkan daripada jangkitan saluran air kencing dan juga pengurangan kolesterol dalam badan.

KEISTIMEWAAN DOUBLE STEMCELL

  • Eksklusif penggunaan 2 jenis sel stem-Sel Stem Epal dan Sel Stem Anggur
  • Formula yang sempurna - memastikan produk berkesanan hingga maksima
  • Diimport dari Switzerland - bahan mentah Sel Stem Epal dan Sel Stem Anggur
  • Kaedah Pengekstrakan (PhytoCellTec)- satu teknologi yang tinggi dan moden
  • Penganugerahan Inovasi 2008 di Eropah

Miza ada juga godek-godek Mr Google cari info FAKTA dan KUKUH berkenaan produk ini terutamanya kandungan utama Double Stemcell ini iaitu Epal Swiss. Dan apa yang miza jumpa memang mengujakan. MasyaALLAH hebat sungguh ciptaan ALLAH SWT.

Artikel dari Dailymail bertajuk "Could the extract from a rare Swiss apple REALLY get rid of your wrinkles?

Point yang menarik untuk dikongsi;
1) Epal Swiss menjadi kegemaran Michelle Obama, Helen Mirren dan Jennifer Lopez.
2) Epal Swiss sebagai revolusi dalam rawatan anti penuaan.
3) Kandungan epal Swiss dapat melambatkan penuaan kulit, meningkatkan hayat sel badan dan memperbaharui sel kulit yang rosak.
4) "The biggest star" dalam dunia stem cell ialah PhytoCellTec Malus Domestica.

Kesimpulannya, antara kandungan utama di dalam Double Stemcell ialah stem cell dari epal Swiss ini, juga dikenali sebagai PhytoCellTec Malus Domestica




KEBAIKAN DOUBLE STEMCELL
  • Melindungi kulit daripada terkena pancaran UV yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
  • Membantu meningkatkan daya penyerapan kolagen.
  • Meningkatkan stamina fizikal dan peringkat tenaga.
  • Membantu membaiki  dan pertumbuhan sel-sel baru.
  • Membantu membaiki sistem imuniti.
  • Membantu mengurangkan kedut pada kulit muka.
  • Membantu menguatkan sendi dan tulang.
  • Mengurangkan risiko kanser.
  • Melambatkan penuaan.
  • Melaraskan pH dalam badan.
  • Antioksidan

Fungsi utama DOUBLE STEMCELL adalah untuk MERANSANG PENJANAAN SEL-SEL BAHARU dalam badan dengan LEBIH OPTIMUM bagi MEMULIH DAN MENGGANTIKAN SEL-SEL YANG TELAH ROSAK & MATI dalam badan serta pada wajah untuk mengekalkan kesihatan tubuh selain berupaya mengatasi, merawat serta mencegah masalah dan penyakit berikut;

KENCING MANIS / DARAH TINGGI / STROKE / GOUT & ARTHRITIS / SAKIT SENDI & SENGAL BADAN / MIGRAINE / ALZHEIMER / PARKINSON / SEMBELIT & MASALAH PENGHADAMAN / KURANG BERTENAGA / MASALAH KESUBURAN & HORMON / GASTRIK & MASALAH USUS / JANTUNG & PENGALIRAN DARAH / KOLESTROL TINGGI / BUAH PINGGANG & BATU KARANG / MASALAH KULIT & ALAHAN / RESDUNG & ALAHAN / MASALAH SARAF / KURANG DAYA TUMPUAN & INGATAN / INSOMNIA / ASMA & LELAH & SEMPUT / STRESS & KEMURUNGAN / KANSER & TUMOR / LUKA-LUKA DALAMAN & PEMBEDAHAN / MASALAH RAHIM & LUKA BERSALIN / PMS SIMPTOM & SENGGUGUT & KEPUTIHAN / MASALAH RAMBUT & KULIT KEPALA / KULIT KUSAM & BERKEDUT / LAIN-LAIN PENYAKIT

Yang bestnya, DOUBLE STEMCELL ini tak perlu bancuh-bancuh, shake-shake cuma tuangkan serbuk DOUBLE STEMCELL ke bawah lidah & kemam. Mudah kan? 



DOUBLE STEMCELL didatangkan dalam sachet 1200mg, sekotak ada 14 sachet. Cuma amalkan 1 sachet setiap pagi selepas bangun tidur atau sebelum tidur. Jika ada masalah kesihatan yang kronik miza syorkan 1 sachet pagi dan 1 sachet malam. 



Baguih tak? Tunggu dulu, jangan iyakan lagi. DOUBLE STEMCELL ini telah diinsurankan sebanyak RM 3 juta ( kalau jadi apa-apa tuntut 3 juta ini, pakcik kayoooo ), diluluskan KKM 163/S/25/JLD 214 (jangan risau, memang selamat), disahkan HALAL ( gunakan tanpa ragu-ragu ), berasaskan buah-buahan ( jadi tiada masalah untuk aunty-aunty vegetarian ) dan telah memperoleh pengiktirafan GMP - Good Manufacturing Practise ( amalan pengilangan memang bersih, selamat dan tertib ). Jadi sekarang, jawab bagus ke bagus? hihihi

okeyyh...gebang dah lebat. Bagaimana dengan harga pulak miza oiii? Mahai ka? Tak mahai la dengan kualiti dan keberkesanannya. Betul cakap ini. Sebabnya tak perlu 2-3 jenis produk sampingan, cukup dengan dia saja. Congak-congak balik memang murah sebenarnya. 

Harga sekotak DOUBLE STEMCELL (14 sachet) RM 250. Humang aih, mahal la tu miza oii. Wait wait, sabaq sat. Tak abes lagi ni. Kita ada sales taw!!! ingat sogo je ada sale? hihihi. Nak miza ajar BELI dengan PERCUMA pon boleh. Tunggu jap taw, sat lagi miza cerita.




okeh, harga DOUBLE STEMCELL mengikut pakej. Dan pakej ini mengautomatikan anda menjadi ahli. Lepas makan, rasa puas hati bagus dan nak kongsikan kepada kawan-kawan, anda dah layak dapat BONUS dengan keahlian anda. Post kemudian miza cerita ye.

Pakej-pakej yang ditawarkan ialah;

  1. SILVER  3 KOTAK RM 750  WM RM 320 (JIMAT RM 430) / EW RM 335
  2. GOLD 17 KOTAK RM 4250 WM RM 1750 (JIMAT 2500) / EW RM 1850 ( 18 KOTAK )
  3. MOBILE STOKIST 57 KOTAK RM 14, 250  WM RM 5700 (JIMAT RM 8550) / EW RM 5950 ( 58 KOTAK )
Jadi murah ke murah? kalaupon tak berniat nak menjual, jadi pembeli dengan pakat-pakat dengan kawan tong-tong duit, beli pakej gold atau mobile. Kan murah banyak-banyak lagi tu? Sepakat kan membawa berkat, tak gitew? Kalau nak makan DOUBLE STEMCELL FREE, anda pujuk kawan ada beli pakej silver, dapat 5 orang nak beli anda dapat bonus tajaan. Guna je bonus tersebut buat beli DOUBLE STEMCELL. Free jerrr, tak caye? Nak taw lebih kita texting-texting je la ye ^^

Jadi, setakat ini dulu perkongsiaan miza. InshaALLAH miza lebih lagi akan menyusul. So jika anda mahu cuba try test, lekaih la CALL / SMS / WHATSAPP 016 442 3852.